Timbalan Naib Canselor (TNC HEMA) telah merasmikan satu Majlis Makan Malam Pra-Graduan Fakulti Pendidikan yang diadakan pada 20 Mei, Isnin yang bertempat di KSL Resort, Johor Bahru.
![]() |
Prof. Dr. Mohd. Ismail bin Abd. Aziz, TNC (HEMA) |
Majlis yang bermula seawal jam 7.30 malam itu dimulakan dengan sesi pendaftaran pelajar dan pensyarah2 jemputan. Dewan jamuan mula dipenuhi dengan tetramu jemputan sekitar jam 8.25 malam.
Tetamu mula memenuhi ruang dewan jamuan |
VIP jemputan, Prof. Dr. Mohd. Ismail bin Abd. Aziz tiba di dewan jamuan seawal jam 8.35 malam diiringi oleh Timabalan Dekan (Akademik), Prof. Madya Dr. Mohd. Sukri bin Saud dan pengurusan kanan dakulti yang lain. Majlis dimulakan dengan Nyanyian lagu Negaraku dan diriingi oleh ucapan Timbalan Dekan Fakulti Pendidikan.
Acara makan malam menyusul dengan pihak hotel menyediakan lima set hidangan (five courses) sebagai menu makan malam ini.
![]() |
Set menu hidangan makan malam |
Sambil tetamu menikmati juadah makan malam, mereka turut dihiburkan dengan persembahan live dari kumpulan KeLaut Band yang terdiri dari mahasiswa FP sendiri.
Kumpulan KeLaut Band membuat persembahan |
Saya berasa bertuah terpilih untuk menyampaikan ucapan mewakili mahasiwa tahun akhir pada malam itu yang turut dihadiri oleh pensyarah2 kanan dan penasihat-penasihat akademik yang lain.
![]() |
Terpilih menyampaikan ucapan sebagai wakil pelajar tahun akhir |
Apa yang menariknya, sesetengah pelajar yang juga merupakan teman seangkatan saya bertanyakan adakah teks ucapan saya itu telah disiapkan? Maka dengan tenang saya menjawab "No plagiarism even for preparing the text of speech"..hehe..
Anda boleh ikuti teks ucapan penuh saya di sini.
Majlis pada malam itu diteruskan dengan majlis penyampaian anugerah terhadap pelajar yang telah menyumbangkan khidmat bakti sepanjang tempoh pengajian di universiti ini.
Antara anugerah yang dipertandingkan adalah Anugerah Akademik, Khidmat Masyarakat, Sukan, Kepimpinan, Sahsiah dan Anugerah Keseluruhan.
TNC HEMA, Prof. Dr. Ismail menyampaikan anugerah kepada pelajar |
Sebelum itu, penerangan terhadap pemilihan pemenang bagi anugerah yang dipertandingkan ini telah disampaikan oleh Penyeleras J/Kuasa Anugerah, Dr. Sanitah. Menurutnya, proses pemilihan pemenangan adalah berdasarkan beberapa siri tapisan di samping menekankan aspek pencapaian akademik dalam pemilihan.
![]() |
Dr. Sanitah ketika memberi penerangan |
Lima pelajar telah terpilih dalam anugerah yang dipertandingkan. Antara pelajar yang merangkul anugerah yang dipertandingkan adalah Saudari Hamsya (Anugerah Akademik), Saudara ddd (Anugerah Sukan), Saudara Azizi Johari (Anugerah Kepimpinan), Saudari Adawiyah Berawi (Anugerah Khidmat Masyarakat) dan Saudari Nurulhafizza Salim (Anugerah Insaniah dan Anugerah Keseluruhan).
Selain itu, anugerah Best Dress of the Night turut dipertandingkan untuk kategori Lelaki dan Wanita. Salah seorang dari penerima anugerah di atas telah merangkul anugerah Best Dress of the Night bagi kategori lelaki iaitu Azizi Johari. (saya la tu..hehe..)
Anugerah Best Dress of the Night disampaikan oleh P.Madya Dr. Zainal |
Majlis pada malam itu telah memberi makan buat semua pelajar tahun akhir FP memandangkan mereka bakal menamatkan pengajian dalam bulan Jun nanti. Namun, mungkin ramai yang akan menyambung pengajian ke peringkat seterusnya demi memenuhi aspirasi negara untuk melahirkan lebih ramai tenaga profesional termasuk dalam bidang pendidikan.
![]() |
Antara mahasiswa tahun akhir yang hadir |
Assalamualaikum. Anugerah-2 yg dibuat tu contoh anugerah sukan kan? Sapa yg vote and apa kriteria yg dicari? Sbb bulan 3 nti jabatan saya akan adakan makan malam tp kami ada sikit salah faham berkenaan anugerah yg bakal diberi. Harap boleh lah balas komen ni disini atau email, ainapuo@gmail.com . Tq :)
ReplyDelete