Saturday, 25 May 2013

Melawat puteri sulung En. Hadi


Alhamdulillah, pada Khamis lepas (23 Mei) saya berkesempatan untuk melawat Encik Hadi yang baru sahaja pulang dari Minnesota setelah hampir empat bulan menghabiskan tempoh pengajiannya di peringkat doktor falsafah di sana.

Puteri sulung Encik Hadi, Nurul Hannan


Kunjungan kami pada petang Khamis itu sebenarnya mahu melihat bayi sulung Encik Hadi dan isterinya, Puan Izyan Wan Azele. Bayi itu dinamakan Nurul Hannan. Saya sempat bertanya apakah nama itu sudah dirancang awal dan apakah maksud sebenar sempena pemberian nama anak sulung Encik Hadi itu.

Nurul Hannan telah didaftarkan di Pejabat Jabatan Pendaftaran Negara


Jawab Encik Hadi, "sebenarnya nama itu datang tanpa dirancang dan nama Hannan itu diambil bersempena dengan kasih dan kecintaan."

Dalam kebanyakan hadiah yang Hannan dapat, tidak ketinggalan bintang kecil berwarna merah itu turut berada di situ.


Wah! dalam hati saya, memang bijak Encik Hadi meletakkan nama anaknya itu. Kalau tak bijak, tidaklah beliau berpeluang menyambung pengajian sehingga ke peringkat yang dilaluinya sekarang..(sekadar bergurau..) :-)


Kalau ikut kata Encik Hadi, katanya rupa bayi yang bernama Hannan itu mirip seperti ibunya, Izyan. Tapi, yang saya tahu memang selalunya anak sulung ini akan lebih cenderung ikut belah ibunya terutama bahagian fizikal seperti rupa, ketinggian, rambut, warna kulit dan lain-lain.

Hannan yang dikatakan lebih mirip ibunya, kata Encik Hadi
Sekalung tahniah kami ucapkan pada Encik Hadi atas kehadiran puteri sulung, Nurul Hannan ini. Kami doakan agar family Encik Hadi akan lebih bahagia dan dimurahkan rezeki dengan kedatangan ahli keluarga baru ini. Selamat maju jaya juga kami ucapkan buat Encik Hadi agar berjaya membawa pulang kalungan sijil Doktor Falsafah dalam tempoh 3 tahun lebih lagi. :)

No comments:

Post a Comment