Friday, 24 May 2013

Terpilih menyampaikan ucapan pada Malam Pra-Graduan 2013.

Satu majlis Makan Malam Pra-Graduan Fakulti Pendidikan telah diadakan pada 20 Mei lepas yang bertempat di KSL Resort, Johor Bahru.


Saya telah terpilih sebagai wakil pelajar untuk menyampaikan ucapan pada majlis tersebut yang turut dihadiri oleh barisan pensyarah kanan, penasihat-penasihat akademik, pegawai pelajaran negeri, daerah dan beberapa pengetua sekolah sekitar Johor Bahru.

Ucapan penghargaan buat seluruh warga Fakulti Pendidikan


Ikuti ucapan yang disampaikan oleh wakil pelajar, Saudara Azizi Johari di bawah :




Teks Ucapan Wakil Mahasiswa Tahun Akhir
Majlis Makan Malam Pra-Graduan Fakulti Pendidikan 2013



Alhamdulillah.

Bersyukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnia dan rahmat-Nya dapat kita berkumpul bersama pada Majlis Makan Malam Pra-Graduan Fakulti Pendidikan pada malam yang penuh berseri ini. Majlis tahunan yang diadakan ini adalah satu majlis bagi meraikan semua mahasiswa dan mahasiswi tahun akhir yang bakal menamatkan pengajian dan bakal bergraduasi pada Oktober nanti. Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada jawatankuasa pelaksana kerana telah memberi ruang kepada saya bagi menyampaikan ucapan mewakili suara mahasiswa dan mahasiswi tahun akhir Fakulti Pendidikan. Bagi saya, ini merupakan satu peluang dan platform terbaik untuk saya menyampaikan dedikasi khas buat seluruh warga Fakulti Pendidikan. Saya ingin mengucapkan tahniah kepada semua rakan mahasiswa dan mahasiswi yang hadir pada malam ini bagi memeriahkan lagi majlis yang diadakan untuk kita semua.


Hadirin sekalian.

Masa begitu pantas berlalu dan terus bergerak ke hadapan. Rupa-rupanya kita sudahpun menjangkau usia empat tahun sepanjang melanjutkan pengajian di UTM tercinta ini. Namun, kadangkala diri ini merasakan seolah-olah baru sahaja mendaftar sewaktu Minggu Transformasi Mahasiswa pada tahun satu dahulu. Begitu sekali keakraban jiwa disemadikan bersama segala memori dan kenangan sepanjang pengajian di UTM. Mungkin majlis pada mala mini juga merupakan majlis terakhir buat kita semua kerana saya yakin dan percaya bahawa semua rakan mahasiswa dan mahasiswi sekalian akan membawa haluan dan hidup masing-masing setelah manamatkan pengajian nanti. Mungkin perkara ini agak berat untuk saya perkatakan tetapi, percayalah bahawa majlis pada mala mini akan membawa seribu satu makna buat kita seolah-olah ia mengumpulkan segala kenangan manis yang kita lalui sepanjang berada di university tercinta ini.


Hadirin sekalian.

Menjadi norma dalam kehidupan manusia, setiap kejayaan yang dikecapi disulami dengan pengorbanan. Dalam diri setiap individu yang Berjaya, lahir daripada individu yang besar peranannya dalam usaha membangukn anak bangsa. Keagungan sesebuah tamadun  terbina dari arkitek-arkitek ilmu dalam membina sebuah bentuk generasi yang mampu meneruskan kelangsungan peradaban. Sebuah bangunan tidak dapat didirikan jika tiada arkitek yang merancang. Seorang pesakit mungkin menghadapi kematian jika tiada doctor yang merawat. Namun, sebuah generasi akan hancur jika tiada guru yang mendidik. Maka di kesempatan ini izinkan saya untuk  menyampaikan sekalung penghargaan terima kepada semua barisan pensyarah dan tenaga pengajar yang telah banyak mengorbankan masa dan tenaga dalam mendidik kami menjadi insan yang berilmu dan berakhlak. Sumbangan kalian dalam menyebarkan ilmu pengetahuan kami kagumi. Sesungguhnya, jasa dan pengorbanan kalian tidak dapat kami balas dengan wang yang berjuta namun usaha untuk melahirkan generasi yang bertamadun akan kami teruskan selaras dengan kesinambungan dan kesaksamaan peranan seorang pendidik. Kami akan terus mendoakan kalian semoga lebh Berjaya pada masa akan datang.


Hadirin sekalian,

Bagai aur dan tebing, saling memerlukan satu sama lain. Andai dipisah lagu dan irama, lemah tiada berjiwa. Ibarat berilmu tanpa guru, kelak diri terkulai layu. Jika dipupuk nilai kesabaran, psti lahir generasi cmerlang. Umpama seorang peguam sedia masuk ke kandang perbicaraan, maka hari ini pewaris-pewaris ilmu yang berada dalam dewan jamuan yang mulia ini telah bersiap sedia untuki menggalas dan menjalankan peranan serta tanggunggjawab dalam meneruskan usha untuk mendidik anak bangsa. Ucapan terima kasih juga diucapkan kepada Yang berbahagia Dekan, tuan-tuan dan puan-puan staf dan semua yang memberi tunjuk ajak selama ini. Segala jasa baik dan budi kalian semua akan kami kenang dan kami tidak akan pernah merasa malu untuk mempraktikkan nilai-nilai murni yang telah ditunjukkan oleh kalian. Malah, budi baik kalian akan dijadikan contoh teladan dalam usaha mencorak peribadi anak bangsa.


Hadirin yang dihormati,

Tentera Islam mungkin tidak dapat mengalahkan tentera Parsi jika tiada panglima yang hebat sepri Khalid Al-Walid. Pasukan Manchester United mungkin tidak akan memenangi Kejuaraan Liga Perdana Inggeris sebanyak hamper 20 kali jika tiada pengurus yang berbakat seperti Sir Alex Ferguson. Negara Jepun pula mungkin tidak akan mengalami tahap kemajuan seperti sekarang jika tiada pemerintah yang berani seperti Maharaja Meiji. Pada kesempatan ini juga, saya ingin menyampaikan sekalung penghargaan terima kasih kepada Tuan Haji Hassan bin Hushin atas segala bimbingan dan nasihat yang telah diberikan oleh beliau sepanjang saya mengemudi Persatuan Mahasisiwa Pendidikan. Beliau antara insan yang banyak memberi tunjuk ajar dalam mempersiapkan diri menjadi pendidik yang berjiwa murobbi. Semoga segala kebaikan kalian akan dibalas dengan keberkatan hidup dan ganjaran pahala oleh-Nya.


Pada kesempatan ini juga, saya ingin menyusun sepuluh jari memohon kemaafan mewakili semua rakan mahasiswa dan mahasiswi kepada semua barisan pensyarah, tuan-tuan dan puan-puan staf terhadap kekhilafan kami sepanjang kami berada di bawah bimbingan kalian semua. Halalkanlah segala ilmu dan tunjuk ajar yang telah dicurahkan kepada kami selama ini.


Kepada semua rakan mahasiswa dan mahasiswi, di kesempatan ini saya ingin mengucapkan selamat maju jaya kepada kita semua. Jadikanlah majlis pada mala mini sebagai satu wadah untuk mempereratkan lagi ukhuwwah dan jalinan persabahatan yang telah terjalin. Sesungguhnya cabaran yang mendatang akan kita tempuhi dengan hati yang utuh dan semangat yang kental. Jangan pernah takut untuk mencuba dalam menggapai erti sebuah kejayaan. Berpeganglah pada kata-kata ini :
“tanpa kegelapan, bintang tidak akan dilahirkan. Usah takut kepada bayang, kerana bayang itu merupakan ‘cahaya’ di tempat yang sinar.”

Dengan ini, saya akhiri ucapan saya dengan selamat maju jaya kepada semua dan wabillahi taufik wal hidayah wassalamu’alaikum warahmatullahi wabarokatuh.

AZIZI JOHARI
AP090400

3 comments: