Alhamdulillah, sepanjang minggu lepas saya mengalami hiba seorang diri, ketika itulah Allah menunjukkan kuasaNya yang Maha Agung dengan kurniakan satu pasukan gerak kerja yang sangat komited dan kuat semangat.
Saya terus menghubungi cikgu Kamsiah, Kaunselor di SMK Taman Desa Skudai pada Isnin lepas (22/04/13). Seperti yang saya agak, beliau masih ingat lagi saya walaupun sudah hampir dua tahun tidak berhubung. Saya terus maklumkan padanya yang kami berhajat untuk mengadakan program motivasi pada pelajar di smk taman desa skudai. Apa lagi...beliau amat teruja bila mendengar saya ingin membawa mahasiswa UTM masuk ke sekolah!
Tapi, sekarang cikgu Kamsiah sedang melanjutkan pelajaran peringkat Sarjana di UTM dengan cuti bergaji. Kiranya, dia tengah 'break' untuk persue Master la.
Saya terus diberi nombor kaunselor lain, Ckgu Normah.
Saya amat terperanjat kerana layanan yang diberikan oleh kaunselor tersebut amat mesra!
Saya kagum dengan pihak Kaunselor SMK Taman Desa Skudai.
perkara ini ditambah lagi dengan apa yang berlaku depan mata saya apabila cikgu Normah menegur beberapa pelajar dengan sangat berhemah dan saya bertambah hairan dan kagum...pelajar tersebut respon dengan cara yang sama pada cikgu Normah..berhemah!
Entahlah. Kadang-kadang saya lihat di sesetengah sekolah ada guru Kaunselornya berperanan seperti guru disiplin. ini mungkin ok. Ada lagi teruk bila guru Kaunselor sesetengah sekolah berperanan seperti TIADA PERANAN. HAHAHA.
Setelah berbincang dengan Cikgu Normah pada Selasa petang, Alhamdulillah cikgu Normah menghubungi saya dan mengatakan satu berita gembira buat semua jawatankuasa sayA. Bunyi dialognya lebih kurang begini :
"Salam Azizi. Cikgu rasa kamu dah dapat mengagak apa berita yang ingin cikgu sampaikan (sambil suara ketawa kecil dalam telefon). Alhamdulillah, pengetua luluskan permohonan program awak. Pengetua amat setuju bila saya kata program awak ni program kesinambungan dari program MEKAR yang pertama sekali dibuat pada tahun 2011 lepas."
Ini maknanya, saya berpeluang untuk bertemu lagi dengan student2 yang pernah bersua dengan saya waktu 2011 dulu! Tapi, kadang2 perasaan takut tetap muncul. Bukan apa. eNtah student2 tu masih ingat lagi tak pada saya agaknya ea??
Kenangan sewaktu program bersama pelajar 1UTM sewaktu tahun 2011 |
Apapun, saya masih bersikap optimis terhadap peluang dan rahmat yang dikurniakan oleh Ilahi ini untuk saya bertemu lagi dengan pelajar yang pernah saya 'handle' dulu.
No comments:
Post a Comment