Assalamu'alaikum w.b.t.,
bersua lagi pada entry kali ini. sudah lama juga tidak di'update' mengenai paparan terbaru. Mana tidaknya, hari ini (20 April) merupakan hari penamaan calon bagi Pilihanraya Umum akan datang.
[ SENARAI PENAMAAN CALON ]
KESUMA. Itulah perkataan yang terkeluar dari kotak fikiran saya ketika sedang mengisi entry kali ini. baiklah, untuk makluman, program KESUMA terpaksa ditangguhkan.
Kenapa??
Mengapa??
Ini semua adalah sebab pilihanraya.................... [ tarikh penting PRU 13]
Kenapa??
Dan mengapa lagi???
Sebab inilah yang disebut sebagai sistem bIrOkRaSi..!!!
Namun, saya hanya bersikap optimis terhadap apa yang berlaku ini. Ceritanya begini...
8 April, Isnin
Kami mendapat maklum balas dari pihak sekolah mengenai progres program KESUMA. pihak sekolah telahpun menjemput kami untuk hadir ke sekolah pada esok hari (selasa) untuk membincangkan mengenai program tersebut dengan pihak pentadbir sekolah.
9 April, Selasa
Atas bantuan pihak fakulti amnya dan atas bantuan Encik Zaires (TP Fakulti) dan Tuan Hassan (Penasihat Program), kami berjaya mendapatkan khidmat kenderaan universiti untuk ke Segamat untuk mengadakan perbincangan dengan pihak sekolah.
Maka, jam 7 pagi kami bertolak dari UTM Skudai ke SM Vokasional Segamat.
Setiba di sekolah pada jam 10 pagi, alangkah terkejutnya kehadiran kami hanya disambut oleh guru kaunselor sekolah, Cikgu Linda. Lalu, kami pun berkenalan seketika sambil memaklumkan perkembangan mengenai program yang bakal diadakan.
Cikgu Linda maklumkan pada kami yang dia akan maklumkan pada pihak pentadbir untuk mengadakan perbincangan mengenai perkara ini.
Maklumkan???
Maksudnya, dia seolah2 baru hendak beritahu pihak pentadbir atau....????????
Dan yang terkejutnya lagi, dia maklumkan bahawa pengetua sibuk dengan urusannya dan dia mahu uruskan urusannya itu.
What the...???????
Kami pun tunggu dan tunggu...namun kami hanya lihat Ckigu Linda bergerak ke hulu ke hilir seperti mencari anak yang hilang. Apa yang memeranjatkan lagi, sudahlah pengetua tidak mahu berjumpa dengan kami, lagi pula rakan kami yang lain hanya diabaikan begitu saja. Nasib baiklah terdapat junior kami yang sedang menjalani LM di situ. Dapatlah mereka berjalan-jalan di sekitar kawasan sekolah.
Sambil itu, saya sempat berjumpa dengan guru HEM sekolah, Tuan Zabidi Badros. Namun, apa yang diperkatakan oleh guru HEM memberikan kekecewaan pada kami kerana dia memberikan alasan yang menyatakan terdapat arahan dari pihak JPN (Jabatan Pelajaran Negeri) tidak membenarkan mana-mana agensi luar untuk mengadakan apa-apa program. Apa yang buat saya tidak tertahan gelaknya lagi, dia turut menyatakan alasan berbaur pilihan raya.
Politik???
Memanglah saya tidak katakan politik pun..apatah lagi mana-mana parti politik. Cuma...bukankah program ini program untuk kebajikan dan kebaikan pelajar, apatah lagi kami dari agensi kerajaan (IPT) yang bertindak sebagai ajen mendekatkan lagi diri masyarakat awam bersama kerajaan, tetapi dengan hanya menyatakan alasan "pilihanraya hampir tiba, kami tidak mahu sebarang masalah melanda sekolah kami."
Bagi saya ia agak keterlaluan walaupun nampak ringkas.
Apapun saya ingin maklumkan di sini bahawa saya dan sekumpulan rakan mahasiswa saya hanya ingin menganjurkan program untuk pelajar. Tiada sebarang pRoVoKaSi..tiada sebarang kOnSpIrAsI..mahupun tiada sebarang dEmOnStRaSi.
Pokoknya, perkara ini kita telah maklumkan pada pihak sekolah awal-awal lagi. Jika tak sudi, katakan tak sudi dan kami pun tidaklah tertunggu-tunggu encik pengetua keluarkan arahan yang menyatakan "saya tidak boleh memberi kebenaran tanpa kebenaran dari JPN."
[bersambung]
No comments:
Post a Comment