Friday, 26 April 2013

Hikmah di sebalik KESUMA'11


'Reservation' pengangkutan universiti boleh terus dilakukan oleh mahasiswa.

Sepanjang 3 hari lepas sehingga ke hari ini, kami bersengkang mata, emosi, motivasi dan nurani untuk tetap menjayakan program KESUMA ini. walaupun bunyinya agak biasa, namun amanah yang diberikan oleh pensyarah kami sendiri akan kami laksanakan.

Bukan apa, KESUMA yang pertama diadakan di sekolah di Negeri Sembilan berjaya dinajurkan dan Alhamdulillah mendapat sambutan hangat dari pihak pelajar dan guru-guru sendiri.

Guru penyelaras KESUMA pada ketika itu, Cikgu Suhaily pernah 'koba' pada saya yang program yang dianjurkan sedikit sebanyak merangsang perkembangan pelajar yang terlibat. Alhamdulillah pencapaian sekolah meningkat pada SPM 2011 walaupun tidak berjaya mencatat rekod peribadi lagi sewaktu SPM 2010.

Apapun, saya ucapkan tahniah pada guruguru yang pernah mengajar dan memberi bimbingan pada saya ketika di bangku sekolah dulu.

Antaranya adalah Cikgu Suhaily. Ya! Memang beliau bukan guru kelas saya, bukan coach kawad kaki saya, bukan guru pembimbing syarahan saya, bukan dan bukan. Namun, sikap beliau yang 'cool' dengan rata-rata pelajar membuatkan pelajar seperti saya berasa lebih selesa apabila 'bertembung' dengan dia waktu di sekolah dahulu.

Walaupun cikgu suhaily ini seorang yang agak menjaga standard dan penampilan, namun saya dapat merasakan sikap 'cool' beliau yang membuatkan pelajar merasa lebih mesra bila bertegur sapa dengan beliau!


Sewaktu perbincangan bersama pentadbir Semarak yang dipengerusikan oleh pengetua sendiri, Tuan Phakaruddin

Tahniah buat cikgu Suhaily dan moga kejayaan akan sentiasa milik beliau.


No comments:

Post a Comment