Friday, 26 April 2013

Program KESUMA'13 Tetap Dijalankan

KESUMA'13

Setelah mendapat perkenan dari Penasihat Program dengan dipersetujui oleh Timbalan Pendaftar yang mulia, maka program KESUMA'13 akan berlangsung pada 27 April 2013, iaitu pada hari Sabtu bertempat di SMK Taman Desa Skudai, Skudai.

Tinggal dalam 6 jam sahaja lagi program KESUMA'13 akan berlangsung. Maka dengan ini suka saya untuk kongsikan pengalaman sepanjang gerak kerja, pahit manis yang ditempuhi (chewah..)..

Alhamdulillah, Tuhan masih tetapkan hati dan kepercayaan ahli j/kuasa saya untuk masih kekal dalam j/kuasa yang telah ditubuhkan sejak awal lagi.

Sesungguhnya saya kagum dan amat kagum dengan segala gerak kerja yang telah mereka lakukan. Hanya Allah jualah yang mampu membalas jasa dan budi baik kalian!

Beberapa j/kuasa yang terlibat dalam gerak kerja KESUMA'13



Mungkin ada yang semapt senyum dan mungkin ada yang terlampu khusyuk membuat kerja. itu memang tidak dapat dinafikan. Namun, tiap raut wajah yang terpancar dari mereka memberi 1001 makna yang amat signifikan pada diri saya.

Saya yakin ramai kawan2 saya adalah dari golongan yang hebat2...ada yang menyertai pasukan uniform di universiti, kelab dan persatuan pelajar dan macam-macam lagi. Dan itu tidak langsung menghalang dari memiliki sikap kerjasama walau dari latar pengalaman dan pencapaian yang berbeza. Saya kagum dengan mereka dan bertambah kagum lagi apabila kebanyakan dari mereka adalah rakan kelas saya sendiri...batch SPT!



Namun, apa yang menariknya pada KESUMA'13  kali ini, saya amat menunggu kemunculan si gadis Emcee kita, cik Nazirah berganding bersama Cik Hazreen. hehe...

Nak kene tengok 'live' gandingan mantap dari diorang nih..

cik hazreen dan cik nazirah sedang meneliti skrip emcee dibantu oleh cikgu zul(tidak kelihatan)


Dan bertambah 'menarik' kita ada penceramah yang tidak asing lagi dari bidang motivasi dan psikologi pelajar, cik syakila.

Kehadiran motivator yang ditunggu-tunggu sedang menyemak kandungan slide untuk program pagi nanti.


Semoga berjaya saya ucapkan pada semua esok!

:-)

Hikmah di sebalik KESUMA'11


'Reservation' pengangkutan universiti boleh terus dilakukan oleh mahasiswa.

Sepanjang 3 hari lepas sehingga ke hari ini, kami bersengkang mata, emosi, motivasi dan nurani untuk tetap menjayakan program KESUMA ini. walaupun bunyinya agak biasa, namun amanah yang diberikan oleh pensyarah kami sendiri akan kami laksanakan.

Bukan apa, KESUMA yang pertama diadakan di sekolah di Negeri Sembilan berjaya dinajurkan dan Alhamdulillah mendapat sambutan hangat dari pihak pelajar dan guru-guru sendiri.

Guru penyelaras KESUMA pada ketika itu, Cikgu Suhaily pernah 'koba' pada saya yang program yang dianjurkan sedikit sebanyak merangsang perkembangan pelajar yang terlibat. Alhamdulillah pencapaian sekolah meningkat pada SPM 2011 walaupun tidak berjaya mencatat rekod peribadi lagi sewaktu SPM 2010.

Apapun, saya ucapkan tahniah pada guruguru yang pernah mengajar dan memberi bimbingan pada saya ketika di bangku sekolah dulu.

Antaranya adalah Cikgu Suhaily. Ya! Memang beliau bukan guru kelas saya, bukan coach kawad kaki saya, bukan guru pembimbing syarahan saya, bukan dan bukan. Namun, sikap beliau yang 'cool' dengan rata-rata pelajar membuatkan pelajar seperti saya berasa lebih selesa apabila 'bertembung' dengan dia waktu di sekolah dahulu.

Walaupun cikgu suhaily ini seorang yang agak menjaga standard dan penampilan, namun saya dapat merasakan sikap 'cool' beliau yang membuatkan pelajar merasa lebih mesra bila bertegur sapa dengan beliau!


Sewaktu perbincangan bersama pentadbir Semarak yang dipengerusikan oleh pengetua sendiri, Tuan Phakaruddin

Tahniah buat cikgu Suhaily dan moga kejayaan akan sentiasa milik beliau.


Ujian milik Allah [part two]


Alhamdulillah, sepanjang minggu lepas saya mengalami hiba seorang diri, ketika itulah Allah menunjukkan kuasaNya yang Maha Agung dengan kurniakan satu pasukan gerak kerja yang sangat komited dan kuat semangat.

Saya terus menghubungi cikgu Kamsiah, Kaunselor di SMK Taman Desa Skudai pada Isnin lepas (22/04/13). Seperti yang saya agak, beliau masih ingat lagi saya walaupun sudah hampir dua tahun tidak berhubung. Saya terus maklumkan padanya yang kami berhajat untuk mengadakan program motivasi pada pelajar di smk taman desa skudai. Apa lagi...beliau amat teruja bila mendengar saya ingin membawa mahasiswa UTM masuk ke sekolah!

Tapi, sekarang cikgu Kamsiah sedang melanjutkan pelajaran peringkat Sarjana di UTM dengan cuti bergaji. Kiranya, dia tengah 'break' untuk persue Master la.

Saya terus diberi nombor kaunselor lain, Ckgu Normah.

Saya amat terperanjat kerana layanan yang diberikan oleh kaunselor tersebut amat mesra!

Saya kagum dengan pihak Kaunselor SMK Taman Desa Skudai.

perkara ini ditambah lagi dengan apa yang berlaku depan mata saya apabila cikgu Normah menegur beberapa pelajar dengan sangat berhemah dan saya bertambah hairan dan kagum...pelajar tersebut respon dengan cara yang sama pada cikgu Normah..berhemah!

Entahlah. Kadang-kadang saya lihat di sesetengah sekolah ada guru Kaunselornya berperanan seperti guru disiplin. ini mungkin ok. Ada lagi teruk bila guru Kaunselor sesetengah sekolah berperanan seperti TIADA PERANAN. HAHAHA.

Setelah berbincang dengan Cikgu Normah pada Selasa petang, Alhamdulillah cikgu Normah menghubungi saya dan mengatakan satu berita gembira buat semua jawatankuasa sayA. Bunyi dialognya lebih kurang begini :

"Salam Azizi. Cikgu rasa kamu dah dapat mengagak apa berita yang ingin cikgu sampaikan (sambil suara ketawa kecil dalam telefon). Alhamdulillah, pengetua luluskan permohonan program awak. Pengetua amat setuju bila saya kata program awak ni program kesinambungan dari program MEKAR yang pertama sekali dibuat pada tahun 2011 lepas."

Ini maknanya, saya berpeluang untuk bertemu lagi dengan student2 yang pernah bersua dengan saya waktu 2011 dulu! Tapi, kadang2 perasaan takut tetap muncul. Bukan apa. eNtah student2 tu masih ingat lagi tak pada saya agaknya ea??


Kenangan sewaktu program bersama pelajar 1UTM sewaktu tahun 2011

Apapun, saya masih bersikap optimis terhadap peluang dan rahmat yang dikurniakan oleh Ilahi ini untuk saya bertemu lagi dengan pelajar yang pernah saya 'handle' dulu.

Saturday, 20 April 2013

Ujian milik Allah [part one]

Assalamu'alaikum w.b.t.,

bersua lagi pada entry kali ini. sudah lama juga tidak di'update' mengenai paparan terbaru. Mana tidaknya, hari ini (20 April) merupakan hari penamaan calon bagi Pilihanraya Umum akan datang.

[ SENARAI PENAMAAN CALON ]

KESUMA. Itulah perkataan yang terkeluar dari kotak fikiran saya ketika sedang mengisi entry kali ini. baiklah, untuk makluman, program KESUMA terpaksa ditangguhkan.

Kenapa??

Mengapa??

Ini semua adalah sebab pilihanraya.................... [ tarikh penting PRU 13]


Kenapa??

Dan mengapa lagi???

Sebab inilah yang disebut sebagai sistem bIrOkRaSi..!!!

Namun, saya hanya bersikap optimis terhadap apa yang berlaku ini. Ceritanya begini...

8 April, Isnin
Kami mendapat maklum balas dari pihak sekolah mengenai progres program KESUMA. pihak sekolah telahpun menjemput kami untuk hadir ke sekolah pada esok hari (selasa) untuk membincangkan mengenai program tersebut dengan pihak pentadbir sekolah.

9 April, Selasa
Atas bantuan pihak fakulti amnya dan atas bantuan Encik Zaires (TP Fakulti) dan Tuan Hassan (Penasihat Program), kami berjaya mendapatkan khidmat kenderaan universiti untuk ke Segamat untuk mengadakan perbincangan dengan pihak sekolah.

Maka, jam 7 pagi kami bertolak dari UTM Skudai ke SM Vokasional Segamat.

Setiba di sekolah pada jam 10 pagi, alangkah terkejutnya kehadiran kami hanya disambut oleh guru kaunselor sekolah, Cikgu Linda. Lalu, kami pun berkenalan seketika sambil memaklumkan perkembangan mengenai program yang bakal diadakan.

Cikgu Linda maklumkan pada kami yang dia akan maklumkan pada pihak pentadbir untuk mengadakan perbincangan mengenai perkara ini.

Maklumkan???

Maksudnya, dia seolah2 baru hendak beritahu pihak pentadbir atau....????????

Dan yang terkejutnya lagi, dia maklumkan bahawa pengetua sibuk dengan urusannya dan dia mahu uruskan urusannya itu.

What the...???????

Kami pun tunggu dan tunggu...namun kami hanya lihat Ckigu Linda bergerak ke hulu ke hilir seperti mencari anak yang hilang. Apa yang memeranjatkan lagi, sudahlah pengetua tidak mahu berjumpa dengan kami, lagi pula rakan kami yang lain hanya diabaikan begitu saja. Nasib baiklah terdapat junior kami yang sedang menjalani LM di situ. Dapatlah mereka berjalan-jalan di sekitar kawasan sekolah.

Sambil itu, saya sempat berjumpa dengan guru HEM sekolah, Tuan Zabidi Badros. Namun, apa yang diperkatakan oleh guru HEM memberikan kekecewaan pada kami kerana dia memberikan alasan yang menyatakan terdapat arahan dari pihak JPN (Jabatan Pelajaran Negeri) tidak membenarkan mana-mana agensi luar untuk mengadakan apa-apa program. Apa yang buat saya tidak tertahan gelaknya lagi, dia turut menyatakan alasan berbaur pilihan raya.

Politik???

Memanglah saya tidak katakan politik pun..apatah lagi mana-mana parti politik. Cuma...bukankah program ini program untuk kebajikan dan kebaikan pelajar, apatah lagi kami dari agensi kerajaan (IPT) yang bertindak sebagai ajen mendekatkan lagi diri masyarakat awam bersama kerajaan, tetapi dengan hanya menyatakan alasan "pilihanraya hampir tiba, kami tidak mahu sebarang masalah melanda sekolah kami."

Bagi saya ia agak keterlaluan walaupun nampak ringkas.

Apapun saya ingin maklumkan di sini bahawa saya dan sekumpulan rakan mahasiswa saya hanya ingin menganjurkan program untuk pelajar. Tiada sebarang pRoVoKaSi..tiada sebarang kOnSpIrAsI..mahupun tiada sebarang dEmOnStRaSi.

Pokoknya, perkara ini kita telah maklumkan pada pihak sekolah awal-awal lagi. Jika tak sudi, katakan tak sudi dan kami pun tidaklah tertunggu-tunggu encik pengetua keluarkan arahan yang menyatakan "saya tidak boleh memberi kebenaran tanpa kebenaran dari JPN."

[bersambung]