Monday, 27 May 2013

Rintangan Tahap 1 PSM berjaya Diharungi

Minggu ni telah pun masuk kepada minggu belajar (atau lebih dikenali sebagai Study Week) dalam kalangan pelajar.

Minggu ni juga merupakan minggu submission untuk hantar segala draft akhir bagai untuk projek PSM.

Projek PSM ni juga dikenali sebagai Projek Sangaaaaaatla Menyusahkan...huhu.. derita sungguh buat projek ini sehingga satu tahap terpaksa mengorbankan anak dan isteri (ayat metaphora je ni..)

Alhamdulillah, semalam (27 Mei) saya dan si dia, Atiqah telah berjaya menghantar final final final final final draft projek PSM kepada penyelia kami, En. Razak.

Setelah mengalami beberapa siri kekecewaan dengan kami terpaksa memperbetulkan segala macam jenis kesalahan yang terdapat dalam laporan kami seperti typing error, Formating error, dll, akhirnya kami berjaya melengkapkan satu laporan PSM dengan jayanya (ceh..). Ni belum sentuh dari aspek isi lagi..huhu

Hasil penulisan projek PSM sebelum diserahkan kepada Penyelia

Sehubungan dengan itu, saya, Atiqah dan Faiqah telah berhasrat untuk meraikan kejayaan (tahap 1 je baru...huhu..) kami masing-masing untuk berjalan-jalan petang semalam bagi melepaskan segala bentuk ketegangan yang melanda di minda akibat pengaruh PSM ni..

Tak jauh pun,,kami hanya singgah di Jusco Taman U, dan menikmati makan malam di sana.

ALHAMDULILLAH!
Rezeki ayam nampak di kaki, rezeki manusia siapa yang tahu.
Mengidam di hati nak makan key-ef-cee, ada orang nak belanja namun buat-buat tak tahu..
hahaha..

Terima kasih kepada Atiqah kerana sudi belanja kami menikmati KFC semalam..betapa nikmatnya juadah makan malam semalam sehingga saya merasakan sudah lama tidak menikmati KFC sedangkan baru sebulan lepas sahaja menikmatinya.

Juadah makan malam yang menyelerakan.

Apapun, terima kasih sekali lagi saya ucapkan buat insan yang sudi belanja saya pada petang samalam. Moga kejayaan dan kebahagiaan kekal bersama milikmu bersama insan tersayang.

Tinggal dalam tiga minggu sahaja lagi untuk menghabiskan sesi pengajian ini. Bersamalah kita tekadkan azam untuk berjaya dengan cemerlang. Terutama A+ dalam PSM!!! :-)

Sunday, 26 May 2013

Saya Siswa Cakna: Kenangan Malam Pra-Graduan :)

Saya Siswa Cakna: Kenangan Malam Pra-Graduan :): Entri ni sebenarnya adalah salah satu entri yang berkaitan dengan Majlis Makan Malam Pra-Graduan yang diadakan Isnin lepas di KSL Resort. ...

Minggu yang Paling Sibuk sepanjang Semester 8

Syukur ke hadrat Ilahi, kini telah masuk minggu terakhir sebelum memasuki minggu peperiksaan yang dipanggil Study Week. Untuk pengetahuan, sepanjang semester 8 ini kami menghabiskan kira-kira 15 minggu dalam minggu kuliah.

Hal ini merupakan perkara biasa bagi kebanyakan mahasiswa namun apa yang ingin saya kongsikan di sini adalah bilamana jadual kuliah saya dipenuhi dengan segala aktiviti yang melibatkan penyertaan di luar kelas.

Planner Minggu Kuliah ke-14 saya sebagai mahasiswa semester akhir


Perkara ini terjadi sewaktu di minggu-14 kuliah (13-19 Mei) lepas. Mana tidaknya, sudahlah waktu itu merupakan waktu kebanyakan submission date untuk tugasan-tugasan yang ada, ditambah lagi dengan peranan yang diberikan dalam menjalankan tanggungjawab yang digalas. Penat, letih, lesu dan seumpama dengannya merupakan acuan hidup saya sebagai seorang mahasiswa. tanpa ini semua, maka kehidupan sebagai seorang mahasiswa boleh saya katakan tidak lengkap kerana jika saya tidak merasai kesemua perasaan yang disebutkan tadi, bermakna saya telah tidak memberi peluang terhadap diri sendiri untuk merasainya.


13 Mei, Isnin

Minggu 14 tersebut bermula dengan Seminar PBS yang telah diadakan pada 13 Mei (Isnin) di mana saya telah diberi tanggungjawab sebagai Ketua Unit Protokol. Alhamdulillah, flow program berjalan dengan teratur. Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada pembantu saya yang juga merupakan Jawatankuasa Unit Protokol, Siti Hajar Omar yang telah membantu saya dalam segala bentuk kerja yang diberikan dalam unit kami termasuklah penyediaan teks emcee, pencarian pengacara majlis, dan penulisan laporan unit.

Namun begitu, terdapat salah faham antara saya dengan bahagian pengurusan program di mana mereka sebenarnya ingin saya sendiri bertindak sebagai emcee dalam seminar tersebut. Memandangkan saya telah memilih Saudari Nur Hazreen sebagai emcee partner kepada Saudari Syafiah, maka saya tidak berhasrat untuk membatalkan penglibatan Hazreen sebagai partner emcee. Cuma saya mengambil pendekatan untuk memberi peluang kepada Hazreen untuk terus mengembangkan bakat beliau dalam bidang pengacaraan. Apapun, saya ingin memohon maaf kepada bahagian pengurusan program sekiranya tindakan saya mengecewakan anda semua. Selebihnya anggaplah ini semua sebagai proses membentuk perkembangan diri sebagai seorang mahasiswa.

Cuma apa yang saya harpakan, selama saya berkecimpung di bahagian pengurusan aktiviti, saya berharapa agar mana-mana pengarah dengan segera memberi arahan pada unit yang sepatutnya agar tidak berlaku salah faham kerana kadangkala terdapat sebahagian unit yang dilantik telahpun menjalankan peranan dan tanggungjawab mereka walaupun tidak diarahkan olehj pengurusan aktiviti.

Seminar PBS

14 Mei, Selasa

Hari Selasa ini pula saya diminta untuk berjumpa dengan SV PSM dan saya diminta untuk menghantar final draft sebelum dinilai. Mahu tak gila saya pada ketika itu kerana saya baru sahaja menyiapkan pembangunan blog pembelajaran sedangkan SV PSM saya mahu saya menghantar penulisannya. Syukur pada ketika itu saya telah membuat draf penulisan dan harus dilengkapkan untuk semakan SV.

PSM menghantui diri sebagai mahasiswa tahun akhir

Alhamdulillah, tidak banyak pembetulan yang saya perlu lakukan memandangkan gaya penulisan saya memuaskan hati SV di samping saya telah menyiapkan blog pembelajaran yang diminta.

Apapun, saya ingin mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih pada Saudari Nur Atiqah kerana telah banyak meluangkan masa untuk menyemak penulisan PSM saya. Memang saya akui saya agak pantas dalam menaip namun masih terdapat 'typing error' yang dilakukan.


15 Mei, Rabu

Waktu ini, kami mahasiswa tahun akhir FP diminta untuk menghadiri satu Kursus Etika dan Protokol yang diadakan di Blok N24 DK7 untuk persiapan majlis makan malam pada minggu depannya.

Kursus Etika dan Protokol


Kursus yang bermula pada jam 2.30 petang ini telah disampaikan oleh Dr. Hajah Noraini dan Encik Khairil yang merupakan pensyarah di fakulti kami. Pada waktu yang sama, sebilangan mahasiswa telah berada di Bilik Seminar C15-206 untuk membuat susun atur dewan untuk kegunaan Bengkel pada hari Jumaat.

Namun sebelum itu pada sebelah pagi, saya telah dipanggil untuk menghadiri satu temuduga sebagai calon penerima anugerah Malam Pra-Graduan. Setelah hadir pada sesi temuduga pagi Rabu itu, saya amat terkejut kerana nama saya tercalon dalam senarai anugerah kepimpinan.


16 Mei, Khamis

Tiada apa-apa yang menarik pada tarikh ini melainkan TEST 2 Partial Differential Equation yang juga merupakan TEST yang terakhir diadakan dalam semester ini. Terus terang saya katakan bahawa inilah TEST di mana saya tidak melakukan sebarang persiapan untuk menghadapinya. Namun bantuan Allah jualah yang mempermudahkan segala urusan saya pada ketika itu.



17 Mei, Jumaat

Jumaat pula kami perlu hadir ke Bengkel Pencerahan Minda. Program ini boleh saya katakan berskala kecil memandangkan ia adalah program dibawah kendalian subjek atau matapelajaran. Secara umumnya, program ini bertujuan untuk memberi pendedahan terhadap peserta tentang situasi, cabaran dan permasalahan pendidikan pada masa akan datang di samping membincangkan mengenai kepentingan pendidikan pada masa hadapan.

Sesi ceramah pada program ini telah disampaikan oleh bekas Pengetua SMK Desa Skudai, Tuan Haji Shahaduddin Saari tetapi waktu program ini berlangsung, Tuan Haji Shaharuddin telahpun ditugaskan sebagai pengetua di SMK Majidee 2 (jika tidak silap saya...).

Saya telah ditugaskan sebagai S/Usaha program di mana segala urusan surat-menyurat saya yang uruskan. Di samping membantu unit-unit sedia ada dalam membuat sebarang permohonan, antara lainnya saya juga turut diminta untuk mencari individu yang berkelayakan menjadi emcee. Ikutkan hati mahu sahaja saya yang menjadi emcee pada waktu itu, tapi, tugas pencarian ini telah saya serahkan pada timbalan S/usaha saya. Barulah adil dan saksama dalam pembahagian tugas (hehehe...)

Sesi LDK dalam Bengkel Guru Futuristik

18 Mei, Sabtu

Sabtunya pula kumpulan mahasiswa yang mengambil subjek Kaedah Mengajar Sains Komputer telah menganjurkan satu program berbentuk Bengkel Pengenalan Terhadap Photoshop. Bengkel ini telah mengambil penyertaan dan penglibatan dari pelajar dan guru-guru SK Taman Mutiara Rini 1 di mana penglibatan guru adalah hampir keseluruhan. Kira-kira 50 orang guru yang hadir pada sesi pertama (18 Mei) dan kira-kira 50 pelajar tahun 4 yang hadir pada sesi kedua (19 Mei). Kami telah dipecahkan kepada dua di man kumpulan saya (Kumpulan 3 SPT) telah berganding tenaga dengan kumpulan dari SPL mengajar golongan guru-guru.

Sebenarnya, program ini lebih fokus kepada kami di mana objektif utama adalah untuk menilai sesi pengajaran kami terhadap subjek komputer. Itulah sebab saya menggunakan istilah 'mengajar' di atas jika dibandingkan dengan program berbentuk bengkel. Ia berbunyi agak lucu tapi itulah hakikatnya.

Namun apa yang menarik, antara pengalaman berharga yang saya peroleh pada waktu itu adalah kerana saya telah dipilih dalam kalangan rakan sebagai Instruktor Bengkel (ala-ala macam cikgu komputer la ni..hehe...) dan saya berjaya menyampaikan sesi pengajaran dengan lancar dan tersusun walaupun pada awalnya saya sendiri kurang berkeyakinan untuk mengajar subjek komputer apatah lagi untuk mengajar golongan guru-guru itu.

Bukan apa. Cuma kita risaukan terdapat dari golongan guru yang sudah mahir dan pakar menggunakan perisian Photoshop yang diajar dan boleh jadi sekiranya individu yang telah memiliki kemahiran akan memandang rendah terhadap kebolehan instruktor. Namun jika saya fikirkan semula, kenapa orang sebegitu akan datang ke bengkel ini jika dia sudah mahir! (sebenarnya saja je nak tenangkan hati waktu sesi pengajaran hari tu..hehe...)

Sesi Microteaching : Pengenalan terhadap Photoshop yang disertai oleh guru-guru dari SK Taman Mutiara Rini 1

Saturday, 25 May 2013

Bengkel Pencerahan Minda (Ulasan)



Pada 17 Mei lepas, satu program Bengkel Pencerahan Minda telah diadakan di Bilik Seminar C15-206. Bengkel yang diadakan itu bertujuan untuk memberi pendedahan terhadap perubahan dan masalah semasa system pendidikan serta membuka minda mahasiswa yang merupakan bakal guru terhadap kesedaran membentuk fikiran dan tindakan secara glokal dalam merancang untuk menjadi seorang guru yang berkualiti apabila ditugaskan kelak.


Program ini telah dianjurkan oleh mahasiswa yang mengambil kursus Masalah Pendidikan Semasa di bawah seliaan Encik Shahrin bin Hashim dan Saudari Mardhiah bertindak selaku Pengarah Program pada bengkel tersebut. Perjalanan bengkel tersebut dimulakan dengan slot ceramah yang telah disampaikan oleh Tuan Haji Shaharuddin Saari, iaitu Pengetua dari SMK Taman Majidee 2. Beliau sebelum ini pernah bertugas sebagai Pengetua di SMK Taman Desa Skudai di samping pernah menyandang beberapa posisi penting di peringkat daerah mahupun Jabatan Pelajaran Negeri Johor. Namun, pengalaman beliau sebagai seorang guru hampir 25 tahun nyata memberi kelebihan buat beliau dalam memberikan sesi ceramah dalam bengkel yang diadakan.

Tuan Haji Shaharuddin menyampaikan ceramah dalam slot pertama berkaitan Guru Futuristik

Tuan Haji Shaharuddin telah menyampaikan ceramah berkaitan Guru Futuristik yang merupakan Sandaran dan Harapan Negara pada masa akan datang. Antara penekanan yang diberikan oleh beliau dalam sesi ceramahnya, Tuan Haji Shaharuddin menegaskan bahawa betapa besarnya peranan dan sumbangan guru dalam melahirkan sebuah generasi yang berdaya saing. Tuan Haji Shaharuddin dalam sesi ceramah beliau turut menegaskan peranan guru dalam membentuk pelajar yang seimbang dari pelbagai aspek meliputi aspek jasmani, rohani, emosi dan intelek agar sebuah bentuk dan hierarki masyarakat yang hendak dibina itu selaras dengan pembangunan etika, budaya dan sosial kemasyarakatan.

Selain itu, Tuan Haji Shaharuddin turut menyentuh isu-isu berkaitan dengan gejala sosial yang semakin hebat melanda anak muda terutama golongan pelajar. Isu-isu seperti gejala merempit, dadah, salahlaku social dan banyak lagi sedang hebat melanda sehinggakan ia dikhuatiri menjadi satu fenomena kebiasaan dalam budaya hidup pelajar dalam masyarakat kita. Apa yang menariknya, Tuan Haji Shaharuddin turut memberitahu kepada para peserta bengkel bahawa kebanyakan Negara maju sering mengabaikan aspek pembangunan sahsiah dan moral sehinggakan peningkatan gejala dan salahlaku social meningkat seiring dengan perkembangan taraf kemajuan yang ingin dicapai. Hasil perkembangan teknologi masa kini seperti kewujudan telefon pintar dan tab telah banyak dimanipulasikan oleh sebilangan besar pelajar sehinggakan mereka menjadikan gadget yang dimiliki itu sebagai ‘hub’ terhadap segala aktiviti social mereka. Ini ditambah dengan perkembangan pesat kemudahan akses internet itu sendiri di mana pelajar mudah mendapatkan sebarang informasi atau maklumat yang diingini yang kini hanya berada di hujung jari. Memandangkan beberapa langkah keselamatan seperti menghalang sebarang akses terhadap laman pornografi masih tidak dilaksanakan, ini memberi lagi impak terhadap kemudahan internet itu sendiri dalam kalangan pelajar.

Jika dahulu, handphone mungkin merupakan sebuah alat yang dilarang untuk dibawa masuk ke sekolah namun, pada hari ini handphone telah menjadi sebahagian dari budaya sosial di sekolah sehinggakan terdapat situasi di mana guru kelas yang berada di bilik guru hanya menelefon ketua kelasnya yang berada di tingkat 4 untuk mengetahui tentang kehadiran pelajar. Begitu besar sekali impak perkembangan teknologi terhadap penggunaannya di sekolah. Hal ini tidak dinafikan apabila ia kadangkala mampu memudahkan kerja manusia di samping ia turut mampu menjimatkan masa dalam melakukan sebarang kerja. Namun apa yang penting, Tuan Haji Shaharuddin turut menekankan bahawa kebijaksanaan dan kesungguhan guru memainkan peranan yang sangat penting dalam usaha untuk melahirkan generasi pelajar yang akan terus membangunkan Negara pada masa akan datang.

Seterusnya, bengkel diteruskan dengan slot dua iaitu slot Latihan dalam Kumpulan (LDK) yang disertai hampir 80 pelajar.  Kumpulan besar pelajar ini tadi dipecahkan menjadi 4 kumpulan kecil dan tiap-tiap kumpulan telah diberi peranan yang berasingan terhadap tajuk yang sama iaitu Ciri-Ciri *** pada  Masa Hadapan. Kumpulan kami membincangkan terhadap Ciri-Ciri Guru pada Masa Hadapan. Hasil dari perbincangan dalam kumpulan, kami nyatakan dalam 14 ciri-ciri yang diperlukan bagi melahirkan generasi Guru Futuristik. Antara ciri-ciri guru futuristic adalah berfikiran global, celik ICT, berktrampilan, kreatif dan inovatif, mesra dan penyayang dan lain-lain.
 
Sesi LDK dalam kalangan peserta bengkel


Setiap kumpulan pelajar telah diberikan masa 45 minit untuk mengadakan aktiviti perbincangan dalam kumpulan dan kami diminta untuk membentangkan hasil perbincangan kami pada sebelah petangnya. Sewaktu pembentangan, kami turut menekankan beberapa ciri-ciri penting guru futuristic seperti celik ICT, fleksibel dan optimistic di mana ciri-ciri ini mampu mendorong survival kerjaya seorang guru dalam menghadapi cabaran dalam mendidik anak bangsa pada masa hadapan. Memandangkan segala maklumat yang ingin dicari pada masa sekarang hanya berada di hujung jari, maka guru harus meningkatkan lagi penguasaan mereka terhadap kemahiran ICT supaya kemahiran pelajar tidak menenggelamkan kebolehan guru dalam mendidik.

Sesi pembentangan oleh kumpulan peserta yang terlibat

Kesimpulannya, bengkel yang diadakan ini sedikit sebanyak memberi kami ruang dan pendedahan terhadap skop, fokus, cabaran dan etika dalam menghadapi bidang pendidikan pada masa akan datang. Perkembangan teknologi yang kian berkembang pesat akan menyumbang sedikit sebanyak terhadap perubahan landskap pendidikan di Negara kita. Oleh itu, semua guru terutama kelompok guru muda disaran untuk melakukan anjakan paradigma bagi meningkatkan lagi martabat profesion keguruan sekaligus bersama-sama menggembeleng tenaga dalam meralisasikan hasrat Negara dalam mencapai status Negara maju menjelang tahun 2020 dengan tidak mengetepikan nilai etika dan budaya hidup sebagai masyarakat yang berilmu dan berakhlak.

Sekian.

 
Encik Shahrin turut membimbing peserta sewaktu sesi LDK

Saudari Mardhiah menyampaikan cenderahati kepada Encik Shahrin


Tuan Haji Shaharuddin bersama barisan peserta yang mengikuti Bengkel Pencerahan Minda 2013

Melawat puteri sulung En. Hadi


Alhamdulillah, pada Khamis lepas (23 Mei) saya berkesempatan untuk melawat Encik Hadi yang baru sahaja pulang dari Minnesota setelah hampir empat bulan menghabiskan tempoh pengajiannya di peringkat doktor falsafah di sana.

Puteri sulung Encik Hadi, Nurul Hannan


Kunjungan kami pada petang Khamis itu sebenarnya mahu melihat bayi sulung Encik Hadi dan isterinya, Puan Izyan Wan Azele. Bayi itu dinamakan Nurul Hannan. Saya sempat bertanya apakah nama itu sudah dirancang awal dan apakah maksud sebenar sempena pemberian nama anak sulung Encik Hadi itu.

Nurul Hannan telah didaftarkan di Pejabat Jabatan Pendaftaran Negara


Jawab Encik Hadi, "sebenarnya nama itu datang tanpa dirancang dan nama Hannan itu diambil bersempena dengan kasih dan kecintaan."

Dalam kebanyakan hadiah yang Hannan dapat, tidak ketinggalan bintang kecil berwarna merah itu turut berada di situ.


Wah! dalam hati saya, memang bijak Encik Hadi meletakkan nama anaknya itu. Kalau tak bijak, tidaklah beliau berpeluang menyambung pengajian sehingga ke peringkat yang dilaluinya sekarang..(sekadar bergurau..) :-)


Kalau ikut kata Encik Hadi, katanya rupa bayi yang bernama Hannan itu mirip seperti ibunya, Izyan. Tapi, yang saya tahu memang selalunya anak sulung ini akan lebih cenderung ikut belah ibunya terutama bahagian fizikal seperti rupa, ketinggian, rambut, warna kulit dan lain-lain.

Hannan yang dikatakan lebih mirip ibunya, kata Encik Hadi
Sekalung tahniah kami ucapkan pada Encik Hadi atas kehadiran puteri sulung, Nurul Hannan ini. Kami doakan agar family Encik Hadi akan lebih bahagia dan dimurahkan rezeki dengan kedatangan ahli keluarga baru ini. Selamat maju jaya juga kami ucapkan buat Encik Hadi agar berjaya membawa pulang kalungan sijil Doktor Falsafah dalam tempoh 3 tahun lebih lagi. :)

Friday, 24 May 2013

Kenangan Malam Pra-Graduan :)

Entri ni sebenarnya adalah salah satu entri yang berkaitan dengan Majlis Makan Malam Pra-Graduan yang diadakan Isnin lepas di KSL Resort.

Tapi di ruangan entri ni, mungkin pengisian agak santai sedikit berbanding entri yang sebelumnya.

Di sini saya akan menyelitkan beberapa keping foto untuk saya kongsikan bersama pembaca blog ini.

SPTians bersama PA, Encik Megat.


:)

Tiba awal untuk menyertai rehearsal majlis pada malam waktunya

Susun atur kelengkapan makan malam yang telah disedia rapi


Berkesempatan menumpang bilik staf untuk memperkemaskan diri.Gambar merupakan sudut pemandangan dari tingkat 17 kedudukan hotel.


Bersama staf fakulti yang turut sama menumpang di bilik 1725. Mereka semua sangat kelakar.


Suasana pemandangan yang sempat diambil dari tingkat 17 pada waktu petang.


Senarai salutasi untuk ucapan malam itu.


Jejaka SPT; Azrul, Azim, dan saya.


Trofi anugerah yang saya menangi pada malam itu (Alhamdulillah..)

Tu dia PA kami yang cute, Encik Megat bersama pengawal2 peribadinya..hehe..


Saya hairan mengapakah semua berwajah seirus ketika ini..hehe..


Dua jejaka comel SPT ini memang sering minta diperhatikan di khalayak ramai..wakaka..


Ni dia saudari Atiqah..jelas senyumannya menggambarkan perasaannya pada malam itu..


Barisan warga SPTians...namun masih kekurangan korum.


Girls SPTians bersama Encik Megat..akan muncul PPD, ketua2 sektor, pengarah mahupun pengetua dari kelompok ini in sha Allah... :)


Barisan Yakuzaki Cawangan Skudai..hehehe..

Terpilih menyampaikan ucapan pada Malam Pra-Graduan 2013.

Satu majlis Makan Malam Pra-Graduan Fakulti Pendidikan telah diadakan pada 20 Mei lepas yang bertempat di KSL Resort, Johor Bahru.


Saya telah terpilih sebagai wakil pelajar untuk menyampaikan ucapan pada majlis tersebut yang turut dihadiri oleh barisan pensyarah kanan, penasihat-penasihat akademik, pegawai pelajaran negeri, daerah dan beberapa pengetua sekolah sekitar Johor Bahru.

Ucapan penghargaan buat seluruh warga Fakulti Pendidikan


Ikuti ucapan yang disampaikan oleh wakil pelajar, Saudara Azizi Johari di bawah :




Teks Ucapan Wakil Mahasiswa Tahun Akhir
Majlis Makan Malam Pra-Graduan Fakulti Pendidikan 2013



Alhamdulillah.

Bersyukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnia dan rahmat-Nya dapat kita berkumpul bersama pada Majlis Makan Malam Pra-Graduan Fakulti Pendidikan pada malam yang penuh berseri ini. Majlis tahunan yang diadakan ini adalah satu majlis bagi meraikan semua mahasiswa dan mahasiswi tahun akhir yang bakal menamatkan pengajian dan bakal bergraduasi pada Oktober nanti. Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada jawatankuasa pelaksana kerana telah memberi ruang kepada saya bagi menyampaikan ucapan mewakili suara mahasiswa dan mahasiswi tahun akhir Fakulti Pendidikan. Bagi saya, ini merupakan satu peluang dan platform terbaik untuk saya menyampaikan dedikasi khas buat seluruh warga Fakulti Pendidikan. Saya ingin mengucapkan tahniah kepada semua rakan mahasiswa dan mahasiswi yang hadir pada malam ini bagi memeriahkan lagi majlis yang diadakan untuk kita semua.


Hadirin sekalian.

Masa begitu pantas berlalu dan terus bergerak ke hadapan. Rupa-rupanya kita sudahpun menjangkau usia empat tahun sepanjang melanjutkan pengajian di UTM tercinta ini. Namun, kadangkala diri ini merasakan seolah-olah baru sahaja mendaftar sewaktu Minggu Transformasi Mahasiswa pada tahun satu dahulu. Begitu sekali keakraban jiwa disemadikan bersama segala memori dan kenangan sepanjang pengajian di UTM. Mungkin majlis pada mala mini juga merupakan majlis terakhir buat kita semua kerana saya yakin dan percaya bahawa semua rakan mahasiswa dan mahasiswi sekalian akan membawa haluan dan hidup masing-masing setelah manamatkan pengajian nanti. Mungkin perkara ini agak berat untuk saya perkatakan tetapi, percayalah bahawa majlis pada mala mini akan membawa seribu satu makna buat kita seolah-olah ia mengumpulkan segala kenangan manis yang kita lalui sepanjang berada di university tercinta ini.


Hadirin sekalian.

Menjadi norma dalam kehidupan manusia, setiap kejayaan yang dikecapi disulami dengan pengorbanan. Dalam diri setiap individu yang Berjaya, lahir daripada individu yang besar peranannya dalam usaha membangukn anak bangsa. Keagungan sesebuah tamadun  terbina dari arkitek-arkitek ilmu dalam membina sebuah bentuk generasi yang mampu meneruskan kelangsungan peradaban. Sebuah bangunan tidak dapat didirikan jika tiada arkitek yang merancang. Seorang pesakit mungkin menghadapi kematian jika tiada doctor yang merawat. Namun, sebuah generasi akan hancur jika tiada guru yang mendidik. Maka di kesempatan ini izinkan saya untuk  menyampaikan sekalung penghargaan terima kepada semua barisan pensyarah dan tenaga pengajar yang telah banyak mengorbankan masa dan tenaga dalam mendidik kami menjadi insan yang berilmu dan berakhlak. Sumbangan kalian dalam menyebarkan ilmu pengetahuan kami kagumi. Sesungguhnya, jasa dan pengorbanan kalian tidak dapat kami balas dengan wang yang berjuta namun usaha untuk melahirkan generasi yang bertamadun akan kami teruskan selaras dengan kesinambungan dan kesaksamaan peranan seorang pendidik. Kami akan terus mendoakan kalian semoga lebh Berjaya pada masa akan datang.


Hadirin sekalian,

Bagai aur dan tebing, saling memerlukan satu sama lain. Andai dipisah lagu dan irama, lemah tiada berjiwa. Ibarat berilmu tanpa guru, kelak diri terkulai layu. Jika dipupuk nilai kesabaran, psti lahir generasi cmerlang. Umpama seorang peguam sedia masuk ke kandang perbicaraan, maka hari ini pewaris-pewaris ilmu yang berada dalam dewan jamuan yang mulia ini telah bersiap sedia untuki menggalas dan menjalankan peranan serta tanggunggjawab dalam meneruskan usha untuk mendidik anak bangsa. Ucapan terima kasih juga diucapkan kepada Yang berbahagia Dekan, tuan-tuan dan puan-puan staf dan semua yang memberi tunjuk ajak selama ini. Segala jasa baik dan budi kalian semua akan kami kenang dan kami tidak akan pernah merasa malu untuk mempraktikkan nilai-nilai murni yang telah ditunjukkan oleh kalian. Malah, budi baik kalian akan dijadikan contoh teladan dalam usaha mencorak peribadi anak bangsa.


Hadirin yang dihormati,

Tentera Islam mungkin tidak dapat mengalahkan tentera Parsi jika tiada panglima yang hebat sepri Khalid Al-Walid. Pasukan Manchester United mungkin tidak akan memenangi Kejuaraan Liga Perdana Inggeris sebanyak hamper 20 kali jika tiada pengurus yang berbakat seperti Sir Alex Ferguson. Negara Jepun pula mungkin tidak akan mengalami tahap kemajuan seperti sekarang jika tiada pemerintah yang berani seperti Maharaja Meiji. Pada kesempatan ini juga, saya ingin menyampaikan sekalung penghargaan terima kasih kepada Tuan Haji Hassan bin Hushin atas segala bimbingan dan nasihat yang telah diberikan oleh beliau sepanjang saya mengemudi Persatuan Mahasisiwa Pendidikan. Beliau antara insan yang banyak memberi tunjuk ajar dalam mempersiapkan diri menjadi pendidik yang berjiwa murobbi. Semoga segala kebaikan kalian akan dibalas dengan keberkatan hidup dan ganjaran pahala oleh-Nya.


Pada kesempatan ini juga, saya ingin menyusun sepuluh jari memohon kemaafan mewakili semua rakan mahasiswa dan mahasiswi kepada semua barisan pensyarah, tuan-tuan dan puan-puan staf terhadap kekhilafan kami sepanjang kami berada di bawah bimbingan kalian semua. Halalkanlah segala ilmu dan tunjuk ajar yang telah dicurahkan kepada kami selama ini.


Kepada semua rakan mahasiswa dan mahasiswi, di kesempatan ini saya ingin mengucapkan selamat maju jaya kepada kita semua. Jadikanlah majlis pada mala mini sebagai satu wadah untuk mempereratkan lagi ukhuwwah dan jalinan persabahatan yang telah terjalin. Sesungguhnya cabaran yang mendatang akan kita tempuhi dengan hati yang utuh dan semangat yang kental. Jangan pernah takut untuk mencuba dalam menggapai erti sebuah kejayaan. Berpeganglah pada kata-kata ini :
“tanpa kegelapan, bintang tidak akan dilahirkan. Usah takut kepada bayang, kerana bayang itu merupakan ‘cahaya’ di tempat yang sinar.”

Dengan ini, saya akhiri ucapan saya dengan selamat maju jaya kepada semua dan wabillahi taufik wal hidayah wassalamu’alaikum warahmatullahi wabarokatuh.

AZIZI JOHARI
AP090400