Sunday, 24 March 2013

Selamat datang ke Dunia Siswa Cakna

Assalamualaikum w.b.t.,

Salam sejahtera saya ucapkan pada semua yang baru sahaja memasuki laman blog Saya Siswa Cakna ini.

Buat julung kalinya, saya telah menetapkan keputusan untuk mewujudkan juga laman blog ini bagi merekodkan semua kenangan dan memori yang tercalit sepanjang atau sesudah diri ini bergelar seorang mahasiswa.

Bak kata pepatah, tak kenal maka tak cinta. Eh, jangan salah sangka. Cinta itu sendiri membawa seribu satu ungkapan yang meluas. Tapi, saya nak kongsikan maksud cakna itu sendiri dan mengapa saya memilih perkataan cakna dalam kamus blog saya ini.

menurut kamus dewan edisi yang keempat keluaran Dewan Bahasa dan Pustaka, perkataan cakna berasal dari perkataan terengganu yang bermaksud ambil peduli. jadi kesimpulannya, saya amat peduli dengan kehidupan saya sebagai seorang mahasiswa yang bergiat aktif sewaktu pengajian di universiti tercinta ini.

ini sahaja yang saya dapat coretkan kali ini. kita akan bertemu pada entry yang akan datang. :-)

Gambar : kenangan saya bersama rakan-rakan sewaktu mengikuti program Academic Visit to South Korea pada November 2011 lepas.

2 comments:

  1. Kenangan dan pengalaman sewaktu berpeluang ke Korea Selatan yang sangat bermakna hasil dari sokongan rakan-rakan yang turut menyertai. :-)
    Terima kasih kepada UTM kerana telah menyediakan peluang seumpama ini dalam menghasilkan pelajar serba boleh dalam menganjur sebarang acara dalam mahupun luar negara.

    ReplyDelete
  2. Salam tuan.. tuan skrg sdg berkhidmat d mana?

    ReplyDelete