Assalamualaikum w.b.t., salam sejatera kepada semua pembaca.
Pada awal Mac lepas, saya bersama empat orang rakan mahasiswa telah melakukan kunjungan ke Sek. Men. Keb. Taman Semarak, Nilai sebagai kunjungan pertama untuk membincangkan program KESUMA dan membentangkannya pada pihak sekolah.
Gambar : Wakil mahasiswa yang pernah menjadi urusetia KESUMA'11 lepas.
Mesyuarat yang bermula pada jam 9 pagi itu turut dihadiri oleh beberapa orang guru termasuklah Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid, Puan Amimah.
Gambar : Antara guru yang hadir sewaktu mesyuarat pembentangan kertas kerja KESUMA'13.
Mesyuarat dimulakan dengan pihak kami (mahasiswa UTM) membentangkan kertas kerja mengenai program KESUMA yang dicadangkan berlangsung pada 26-28 April. Namun, terdapat kekangan dari pihak sekolah yang meminta kami untuk menarik tarikh kejadian kepada 19-21 April.
Berkenaan dengan soalan yang diajukan dari pihak sekolah berkenaan penglibatan pelajar, kami menjawab "Kami merangka program untuk pelajar yang bakal menduduki peperiksaan SPM khususnya. Namun terpulang pada pihak sekolah jika mahu kami adakan program untuk pelajar tingkatan 2 atau 3 mungkin." Dari pihak kami tiada masalah mengenai perkara itu.
Gambar : Saya ketika membentangkan kertas kerja KESUMA kepada pihak pengurusan sekolah.
Akan tetapi pihak sekolah masih ada 'request' apabila mereka mahukan pihak mahasiswa UTM menyediakan tempat jika program dijalankan di luar kawasan sekolah dan mungkin juga boleh dilakukan di UTM jika ada (permintaan pihak sekolah). Cuma, dari pihak kami tidak berjanji samada masih ada kekosongan di tapak kem rekreasi di UTM itu kerana hampir kebenyakan program yang dijalankan di Kem Rekreasi UTM ditempah 5 bulan lebih awal dari tarikh yang dijalankan.
Mesyuarat pembentangan kertas kerja ditangguhkan pada jam 11.30 pagi dan kami dibawa ke Dewan Jamuan untuk menikmati Jamuan Ringan yang disediakan oleh pihak sekolah.
No comments:
Post a Comment