Monday, 25 March 2013

Kunjungan ke Tapak Perkhemahan di UTM

Assalamualaikum w.b.t., dan salam sejahtera semua.

Moga sihat hendaknya berada dalam naungan rahmat Allah sentiasa.

Setelah menduduki semester akhir, barulah saya  sedar UTM ada menyediakan satu tapak perkhemahan khas untuk melakukan sebrang program perkhemahan mahupun rekreasi di situ.

Sebelum itu, saya telah bertanyakan pada seorang rakan di mana lokasi tapak kem di UTM. Ia terletak berdekatan dengan kawasan berek PALAPES UTM. Pada saya, ia merupakan sebuah tapak kem yang cukup lengkap apabila disediakan dengan tapak perkhemahan, tandas, surau, dewan dan juga ruang masakan.

Di  bawah disertakan gambar-gambar sewaktu tinjauan ke tapak rekreasi UTM.



















Bagi saya, sudah cukup memadai jika pihak kami berjaya mendapatkan lokasi ini sebagai tapak program KESUMA kali ini. Apapun, kita mengharapkan segala usaha yang terbaik dan optimum yang dilakukan oleh pengarah dan seluruh jawatankuasa bertindak KESUMA kali ini. :-)

Sunday, 24 March 2013

Perbincangan bersama Pihak Sekolah bagi program KESUMA'13

Assalamualaikum w.b.t., salam sejatera kepada semua pembaca.



Pada awal Mac lepas, saya bersama empat orang rakan mahasiswa telah melakukan kunjungan ke Sek. Men. Keb. Taman Semarak, Nilai sebagai kunjungan pertama untuk membincangkan program KESUMA dan membentangkannya pada pihak sekolah.

Gambar : Wakil mahasiswa yang pernah menjadi urusetia KESUMA'11 lepas.

Mesyuarat yang bermula pada jam 9 pagi itu turut dihadiri oleh beberapa orang guru termasuklah Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid, Puan Amimah.

Gambar : Antara guru yang hadir sewaktu mesyuarat pembentangan kertas kerja KESUMA'13.

Mesyuarat dimulakan dengan pihak kami (mahasiswa UTM) membentangkan kertas kerja mengenai program KESUMA yang dicadangkan berlangsung pada 26-28 April. Namun, terdapat kekangan dari pihak sekolah yang meminta kami untuk menarik tarikh kejadian kepada 19-21 April.

Berkenaan dengan soalan yang diajukan dari pihak sekolah berkenaan penglibatan pelajar, kami menjawab "Kami merangka program untuk pelajar yang bakal menduduki peperiksaan SPM khususnya. Namun terpulang pada pihak sekolah jika mahu kami adakan program untuk pelajar tingkatan 2 atau 3 mungkin." Dari pihak kami tiada masalah mengenai perkara itu.

Gambar : Saya ketika membentangkan kertas kerja KESUMA kepada pihak pengurusan sekolah.

Akan tetapi pihak sekolah masih ada 'request' apabila mereka mahukan pihak mahasiswa UTM menyediakan tempat jika program dijalankan di luar kawasan sekolah dan mungkin juga boleh dilakukan di UTM jika ada (permintaan pihak sekolah). Cuma, dari pihak kami tidak berjanji samada masih ada kekosongan di tapak kem rekreasi di UTM itu kerana hampir kebenyakan program yang dijalankan di Kem Rekreasi UTM ditempah 5 bulan lebih awal dari tarikh yang dijalankan.

Mesyuarat pembentangan kertas kerja ditangguhkan pada jam 11.30 pagi dan kami dibawa ke Dewan Jamuan untuk menikmati Jamuan Ringan yang disediakan oleh pihak sekolah.

Aeon dan Kawan-Kawan Pengarah

Assalamualaikum w.b.t. semua. moga sihat hidup hendaknya.

Saja nak masukkan juga entry ini. bukan apa. ia seolah mengandungi maksud tersirat apabila dilihat kembali gambar di bawah ini.

Gambar : Ketika bersiar-siar ke Aeon Bukit Indah bersama muka-muka Pengarah Program.

Pada penghujung Februari lepas, sempat saya 'capture' foto di atas sewaktu berjalan-jalan di Aeon Bukit Indah. sekarang ini sudah masuk ke penghujung bulan Mac dan baru saya tesedar sesuatu. Rupanya terdapat dua orang Pengarah Program yang ada dalam gambar di atas. Mereka itu ialah :

Irene Chai (hujung kiri) ; Pengarah Program Seminar PBS dan Nur Atiqah Ab Rahim (hujung kanan) ; Pengarah Program Lawatan Akademik ke Singapura.

Apapun, saya ucapkan tahniah atas usaha anda untuk menggalas tanggungjawab sebagai seorang ketua. Apatah lagi bila ia tergolong dari golongan wanita. Saya sesungguhnya amat kagum dengan pendirian golongan wanita yang bersedia menggalas tanggungjawab sebegini.

Cuma harapan saya, moga muncul lagi golongan-golongan ketua dari kaum Adam dari fakulti kebanggaan semua (FP) sendiri. Sedih kadangkala bila memikirkan nasib yang sama golongan seperti saya. tidak saya nafikan mungkin segelintir dari mereka terlibat dengan kegiatan luar universiti seperti bisnes dan seminar.

Cuma saya berharap, jika benar rezeki saya ditempatkan di sekolah bersama pelajar-pelajar harapan nusa dan bangsa, Kau tolonglah letakkan aku dalam golongan guru yang amanah, tanggungjawab dan berdedikasi dalam menjalankan tugas sebagai seorang guru.

"Guru Pelita Ilmu" :-)

20 Februari, bermulalah segalanya...

Assalamualaikum w.b.t. kepada semua pembaca. moga sihat hendaknya dengan dilimpahi kurnia rahmat dari Nya.

Semuanya bermula malam 20 februari lepas, apabila saya dengan nekad untuk bertemu dengan Presiden Persatuan Mahasiswa Pendidikan UTM atau lebih dikenali sebagai PMPUTM. Saya pun menggagahkan diri untuk bertemu saudara Edy setelah seminggu hanya bersua melalui telefon sahaja.

Gambar : Saudara Edy, Presiden PMP UTM Sesi 2012/13 yang ramah melayani kunjungan kami

Malam itu saya ditemani saudara Aliff bertemu dengan Edy membincangkan proposal KESUMA yang kami cadangkan berlangsung pada 12 - 14 April akan datang. Edy sangat tertarik melihat pembentangan kami memandangkan program KESUMA'12 tidak dapat dijalankan atas beberapa kekangan.

Seingat saya Edy ada menyuarakan "Hah, ni dah bagus ni. Kita 'run' program ni atas nama PMP dan kita gerakkan secepat mungkin." Memang itu pun cadangan saya pada awalnya.

Gambar : Suasana ketika perbincangan bersama Presiden PMP. Manakah saya? Mana lagi kalau bukan yang sedang pegang kamera ni :-)

Akhirnya pada malam itu kami bertiga mencapai kata sepakat untuk melanjutkan perbincangan kami ini tentang program KESUMA pada pihak atasan dan Edy meminta saya untuk menyerahkan set proposal yang baru memandangkan proposal yang sedia ada tidak seindah rupa sebelum kami berbincang tadi.

Kesimpulannya,

saya tak sepatutnya 'forward' kertas kerja KESUMA tu pada saudara Edy sebegitu lambat kerana saya sebenarnya telahpun menyiapkan proposal tersebut pada 16 Februari lepas iaitu pada Sabtu minggu pertama.

cubalah mengisi masa terluang kita dengan sebarang aktiviti yang berfaedah dengan tanpa mencuri masa-masa yang lain untuk menyiapkan tugasan mahupun kerja lapangan yang ada. namun, kita sebagai manusia hanya merancang dan hanya Allah yang mampu menyatakan bahawa ia berlaku atau tidak.

terharu rasanya bila masih ada lagi junior yang masih ingat saya ketika berjalan-jalan di blok fakulti. kadang-kadang saya terfikir bilakah saya pernah berjumpa budak itu. lalu, Allah ingatkan saya yang saya pernah bertemu budak yang menegur saya di fakulti tadi sewaktu menyertai program bersama semasa di Program FYE'11.

Selamat datang ke Dunia Siswa Cakna

Assalamualaikum w.b.t.,

Salam sejahtera saya ucapkan pada semua yang baru sahaja memasuki laman blog Saya Siswa Cakna ini.

Buat julung kalinya, saya telah menetapkan keputusan untuk mewujudkan juga laman blog ini bagi merekodkan semua kenangan dan memori yang tercalit sepanjang atau sesudah diri ini bergelar seorang mahasiswa.

Bak kata pepatah, tak kenal maka tak cinta. Eh, jangan salah sangka. Cinta itu sendiri membawa seribu satu ungkapan yang meluas. Tapi, saya nak kongsikan maksud cakna itu sendiri dan mengapa saya memilih perkataan cakna dalam kamus blog saya ini.

menurut kamus dewan edisi yang keempat keluaran Dewan Bahasa dan Pustaka, perkataan cakna berasal dari perkataan terengganu yang bermaksud ambil peduli. jadi kesimpulannya, saya amat peduli dengan kehidupan saya sebagai seorang mahasiswa yang bergiat aktif sewaktu pengajian di universiti tercinta ini.

ini sahaja yang saya dapat coretkan kali ini. kita akan bertemu pada entry yang akan datang. :-)

Gambar : kenangan saya bersama rakan-rakan sewaktu mengikuti program Academic Visit to South Korea pada November 2011 lepas.