Syukur ke hadrat Ilahi, kini telah masuk minggu terakhir sebelum memasuki minggu peperiksaan yang dipanggil Study Week. Untuk pengetahuan, sepanjang semester 8 ini kami menghabiskan kira-kira 15 minggu dalam minggu kuliah.
Hal ini merupakan perkara biasa bagi kebanyakan mahasiswa namun apa yang ingin saya kongsikan di sini adalah bilamana jadual kuliah saya dipenuhi dengan segala aktiviti yang melibatkan penyertaan di luar kelas.
 |
Planner Minggu Kuliah ke-14 saya sebagai mahasiswa semester akhir |
Perkara ini terjadi sewaktu di minggu-14 kuliah (13-19 Mei) lepas. Mana tidaknya, sudahlah waktu itu merupakan waktu kebanyakan submission date untuk tugasan-tugasan yang ada, ditambah lagi dengan peranan yang diberikan dalam menjalankan tanggungjawab yang digalas. Penat, letih, lesu dan seumpama dengannya merupakan acuan hidup saya sebagai seorang mahasiswa. tanpa ini semua, maka kehidupan sebagai seorang mahasiswa boleh saya katakan tidak lengkap kerana jika saya tidak merasai kesemua perasaan yang disebutkan tadi, bermakna saya telah tidak memberi peluang terhadap diri sendiri untuk merasainya.
13 Mei, Isnin
Minggu 14 tersebut bermula dengan
Seminar PBS yang telah diadakan pada 13 Mei (Isnin) di mana saya telah diberi tanggungjawab sebagai
Ketua Unit Protokol. Alhamdulillah, flow program berjalan dengan teratur. Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada pembantu saya yang juga merupakan Jawatankuasa Unit Protokol, Siti Hajar Omar yang telah membantu saya dalam segala bentuk kerja yang diberikan dalam unit kami termasuklah penyediaan teks emcee, pencarian pengacara majlis, dan penulisan laporan unit.
Namun begitu, terdapat salah faham antara saya dengan bahagian pengurusan program di mana mereka sebenarnya ingin saya sendiri bertindak sebagai emcee dalam seminar tersebut. Memandangkan saya telah memilih Saudari Nur Hazreen sebagai emcee partner kepada Saudari Syafiah, maka saya tidak berhasrat untuk membatalkan penglibatan Hazreen sebagai partner emcee. Cuma saya mengambil pendekatan untuk memberi peluang kepada Hazreen untuk terus mengembangkan bakat beliau dalam bidang pengacaraan. Apapun, saya ingin memohon maaf kepada bahagian pengurusan program sekiranya tindakan saya mengecewakan anda semua. Selebihnya anggaplah ini semua sebagai proses membentuk perkembangan diri sebagai seorang mahasiswa.
Cuma apa yang saya harpakan, selama saya berkecimpung di bahagian pengurusan aktiviti, saya berharapa agar mana-mana pengarah dengan segera memberi arahan pada unit yang sepatutnya agar tidak berlaku salah faham kerana kadangkala terdapat sebahagian unit yang dilantik telahpun menjalankan peranan dan tanggungjawab mereka walaupun tidak diarahkan olehj pengurusan aktiviti.
 |
Seminar PBS |
14 Mei, Selasa
Hari Selasa ini pula saya diminta untuk berjumpa dengan SV
PSM dan saya diminta untuk menghantar
final draft sebelum dinilai. Mahu tak gila saya pada ketika itu kerana saya baru sahaja menyiapkan pembangunan blog pembelajaran sedangkan SV PSM saya mahu saya menghantar penulisannya. Syukur pada ketika itu saya telah membuat draf penulisan dan harus dilengkapkan untuk semakan SV.
 |
PSM menghantui diri sebagai mahasiswa tahun akhir |
Alhamdulillah, tidak banyak pembetulan yang saya perlu lakukan memandangkan gaya penulisan saya memuaskan hati SV di samping saya telah menyiapkan blog pembelajaran yang diminta.
Apapun, saya ingin mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih pada
Saudari Nur Atiqah kerana telah banyak meluangkan masa untuk menyemak penulisan PSM saya. Memang saya akui saya agak pantas dalam menaip namun masih terdapat 'typing error' yang dilakukan.
15 Mei, Rabu
Waktu ini, kami mahasiswa tahun akhir FP diminta untuk menghadiri satu
Kursus Etika dan Protokol yang diadakan di
Blok N24 DK7 untuk persiapan majlis makan malam pada minggu depannya.
 |
Kursus Etika dan Protokol |
Kursus yang bermula pada jam 2.30 petang ini telah disampaikan oleh
Dr. Hajah Noraini dan Encik Khairil yang merupakan pensyarah di fakulti kami. Pada waktu yang sama, sebilangan mahasiswa telah berada di Bilik Seminar C15-206 untuk membuat susun atur dewan untuk kegunaan Bengkel pada hari Jumaat.
Namun sebelum itu pada sebelah pagi, saya telah dipanggil untuk menghadiri satu temuduga sebagai calon penerima anugerah Malam Pra-Graduan. Setelah hadir pada sesi temuduga pagi Rabu itu, saya amat terkejut kerana nama saya tercalon dalam senarai anugerah kepimpinan.
16 Mei, Khamis
Tiada apa-apa yang menarik pada tarikh ini melainkan TEST 2
Partial Differential Equation yang juga merupakan
TEST yang terakhir diadakan dalam semester ini. Terus terang saya katakan bahawa inilah TEST di mana saya tidak melakukan sebarang persiapan untuk menghadapinya. Namun bantuan Allah jualah yang mempermudahkan segala urusan saya pada ketika itu.
17 Mei, Jumaat
Jumaat pula kami perlu hadir ke
Bengkel Pencerahan Minda. Program ini boleh saya katakan berskala kecil memandangkan ia adalah program dibawah kendalian subjek atau matapelajaran. Secara umumnya, program ini bertujuan untuk memberi pendedahan terhadap peserta tentang situasi, cabaran dan permasalahan pendidikan pada masa akan datang di samping membincangkan mengenai kepentingan pendidikan pada masa hadapan.
Sesi ceramah pada program ini telah disampaikan oleh bekas Pengetua SMK Desa Skudai, Tuan Haji Shahaduddin Saari tetapi waktu program ini berlangsung, Tuan Haji Shaharuddin telahpun ditugaskan sebagai pengetua di SMK Majidee 2 (jika tidak silap saya...).
Saya telah ditugaskan sebagai
S/Usaha program di mana segala urusan surat-menyurat saya yang uruskan. Di samping membantu unit-unit sedia ada dalam membuat sebarang permohonan, antara lainnya saya juga turut diminta untuk mencari individu yang berkelayakan menjadi emcee. Ikutkan hati mahu sahaja saya yang menjadi emcee pada waktu itu, tapi, tugas pencarian ini telah saya serahkan pada timbalan S/usaha saya. Barulah adil dan saksama dalam pembahagian tugas (hehehe...)
 |
Sesi LDK dalam Bengkel Guru Futuristik |
18 Mei, Sabtu
Sabtunya pula kumpulan mahasiswa yang mengambil subjek Kaedah Mengajar Sains Komputer telah menganjurkan satu program berbentuk
Bengkel Pengenalan Terhadap Photoshop. Bengkel ini telah mengambil penyertaan dan penglibatan dari pelajar dan guru-guru SK Taman Mutiara Rini 1 di mana penglibatan guru adalah hampir keseluruhan. Kira-kira 50 orang guru yang hadir pada sesi pertama (18 Mei) dan kira-kira 50 pelajar tahun 4 yang hadir pada sesi kedua (19 Mei). Kami telah dipecahkan kepada dua di man kumpulan saya (Kumpulan 3 SPT) telah berganding tenaga dengan kumpulan dari SPL mengajar golongan guru-guru.
Sebenarnya, program ini lebih fokus kepada kami di mana objektif utama adalah untuk menilai sesi pengajaran kami terhadap subjek komputer. Itulah sebab saya menggunakan istilah 'mengajar' di atas jika dibandingkan dengan program berbentuk bengkel. Ia berbunyi agak lucu tapi itulah hakikatnya.
Namun apa yang menarik, antara pengalaman berharga yang saya peroleh pada waktu itu adalah kerana saya telah dipilih dalam kalangan rakan sebagai
Instruktor Bengkel (ala-ala macam cikgu komputer la ni..hehe...) dan saya berjaya menyampaikan sesi pengajaran dengan lancar dan tersusun walaupun pada awalnya saya sendiri kurang berkeyakinan untuk mengajar subjek komputer apatah lagi untuk mengajar golongan guru-guru itu.
Bukan apa. Cuma kita risaukan terdapat dari golongan guru yang sudah mahir dan pakar menggunakan perisian Photoshop yang diajar dan boleh jadi sekiranya individu yang telah memiliki kemahiran akan memandang rendah terhadap kebolehan instruktor. Namun jika saya fikirkan semula, kenapa orang sebegitu akan datang ke bengkel ini jika dia sudah mahir! (sebenarnya saja je nak tenangkan hati waktu sesi pengajaran hari tu..hehe...)
 |
Sesi Microteaching : Pengenalan terhadap Photoshop yang disertai oleh guru-guru dari SK Taman Mutiara Rini 1 |